Hi, how can we help?

[Return Refund] Bolehkah saya buat permohonan pulangan/bayaran balik jika saya mengubah fikiran?

Bahasa Malaysia | English


Nikmati pengalaman membeli-belah di Shopee tanpa bimbang dengan pengemaskinian kod sebab Perubahan Fikiran untuk permohonan pulangan/bayaran balik.


Mulai 19 Mac 2024, anda boleh memohon pulangan/bayaran balik dengan sebab - Perubahan Fikiran bagi semua kategori di Shopee.


Semua item dengan penanda 15 Hari Pemulangan Percuma. Tanpa Soal* yang dipaparkan pada kad item dan halaman butiran produk pada platform Shopee adalah layak untuk pulangan di bawah Perubahan Fikiran.



Cara buat permohonan pulangan/bayaran balik dengan Perubahan Fikiran:



Langkah 1: Pilih 'Untuk Diterima’ di bawah 'Pembelian Saya' pada tab ‘Saya

Langkah 2: Pilih pesanan yang anda ingin pulangkan

Langkah 3: Klik 'Permohonan Pulangan/Bayaran Balik'

Langkah 4: Pilih ‘Saya telah menerima semua barang saya tetapi terdapat masalah

Langkah 5: Pilih sebab Pulangan/Bayaran Balik anda

Langkah 6: Kilk pada ‘Perubahan Fikiran

Langkah 7: Tekan butang ‘Sah

Langkah 8: Menerang permohonan anda (tidak wajib)

Langkah 9: Tekan ‘Hantar


⚠️ Nota: Sila ambil perhatian bahawa terdapat beberapa pengecualian asas untuk kategori tertentu di mana Perubahan Fikiran tidak dibenarkan. Ketahui jenis produk yang tidak boleh dipulangkan melalui Pulangan Perubahan Fikiran.


Jika anda tidak suka dengan barang yang anda pesan atau anda ubah fikiran selepas menerima bungkusan, buat permohonan pulangan/bayaran balik menggunakan sebab Change Perubahan Fikiran.


Anda boleh buat permohonan pulangan/bayaran balik semasa Tempoh Jaminan Shopee pesanan anda tanpa sebarang soalan*


Bukan itu sahaja! Dengan sebab Perubahan Fikiran, anda tidak perlu menanggung sebarang kos penghantaran.


Ketahui cara memulangkan bungkusan anda dengan mudah. Untuk pulangan/bayaran balik yang lancar, pastikan perkara berikut dipenuhi:


  1. Label/tag/meterai asal tidak ditanggalkan
  2. Produk di bawah Kategori Elektronik hendaklah TIDAK DIBUKA (meterai tidak dikoyak, diusik atau diubah) dan dalam KEADAAN BOLEH DIPERJUALBELI (iaitu, Produk TIDAK mempunyai tanda-tanda: penggunaan, kesan barang dipakai sepeti haus, lusuh dan kemik atau sebarang kerosakan) untuk dianggap layak untuk pulangan Perubahan Fikiran.
  3. Produk dipulangkan dalam set/kuantiti lengkap
  4. Nombor siri tidak ditanggalkan
  5. Produk belum dipasang dan dinyahpasang (cth: meterai haba tidak ditanggalkan atau produk belum diasingkan)
  6. Produk tidak dikelaskan sebagai bahan berbahaya atau menggunakan cecair/gas mudah terbakar
  7. Produk ini bukan produk khusus seperti kotak misteri, kotak kejutan, kotak jenama, produk tersuai atau produk yang dibuat mengikut tempahan


💡 Tip:

  1. Periksa barang yang anda beli dengan teliti sebelum anda klik 'Pesanan Diterima'
  2. Guna Tempoh Jaminan Shopee pesanan anda dengan bijak sekiranya berlaku sebarang perubahan saat akhir


*tertakluk kepada Refunds and Return Policy

Was this article helpful?
Yes
No